Friday, July 30, 2010

My Homemade Swedish Meatballs

Dua tiga hari ini, sangat teringin nak makan meatballs kat Ikea...
Nak pegi makan,selalu weekend sangat2 ramai orang...
Malas la nak masuk lautan manusia tuh...

Actually arini ingat nak ajak hubby g Ikea for dinner...
Sekali rupa-rupanya hubby beli instant meatballs jual kat office dia...
Hmm...macam tau tau je daku mau meatballs...
Maka, search internet recipe gravy & masuk dapur la daku...

Inilah hasil meatballs saya masak!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Simple je tapi ok la...
dapat jugak makan meatballs...
Heheh...


Kalo anda mau cuba sila lah...
Just beli meatballs kat supermarket...
Then buat gravy nyer...

Ni resepi gravy nye:

Bahan-bahan

1. 2 sudu butter
2. 1 1/2 sudu tepung gandum
3. sebiji bawang besar hijau dipotong dadu dan digoreng sehingga layu
4. sebiji tomato yang gemok yang dipotong dadu
5. 1 1/2 cawan air sejuk *
6. 100ml susu segar/susu cair *
7. 3 sudu sos tomato *
8. 3 sudu sos tiram *
9. 2 sudu kicap manis *
10. 2 sudu lada hitam *
11. 1 cube ayam *
12. sesudu gula *
13. 1 sudu tepung jagung dibancuh dengan suku cawan air
14. cendawan tiram/cendawan butang

Cara Membuatnya

1. Cairkan butter lepas tu masukkan tepung gandum, goreng sampai bertukar menjadi warna coklat2 manja.
2. Masukkan bawang yang dah digoreng awal tadi, tomato dan jugak cendawan
3. Bila dah layu2 manja, masukkan semua bahan yang bertanda (*) sampai mendidih
4. Last sekali, untuk pekatkan kuah, masukkan bancuhan tepung jagung. Tapi I belasah guna tepung gandum jerk.

Cara menghidang

1. Goreng meatball segera.
2. Goreng fries jugak
3. Letak meatball dalam pinggan, lepas tu curah kuah
4. Letak fries dekat sebelah
5. Sedap dimakan bersama blueberry/strawberry jem, sos cili dan yellow mustard


Thanx to Chooyaya for the recipe!

No comments:

Post a Comment