Friday, September 10, 2010

My Rendang Kerang!

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!
Esok pepagi balik Seremban - Kuala Pilah!
Last minute & unplanned nak masak rendang kerang!
Nasib barang2 semua ada kecuali daun kunyit...
Layan jela...
tapi sedap!


Sila la cuba!
Sangat senang resepi nye...


Rendang Kerang
Sumber: Majalah Wanita Januari 1999
Bahan-Bahan:
200 gm isi kerang
1 cm halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang kecil
1 keping asam keping
Serbuk kunyit
Garam
2 cawan santan pekat
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar rempah kari ikan
1 batang serai (diketuk)
1 helai daun kunyit (hiris nipis)
Cara:
Kisar halus bawang kecil, bawang putih dan halia. Masukkan ke dalam kuali bersama cili kering, rempah, serai, serbuk kunyit, santan dan asam keping.

Biar mendidih dan kuah pekat baru masukkan kerang. Masak hingga kering sambil dikacau selalu supaya tidak melekat.

Masukkan daun kunyit dan masak sebentar baru diangkat.

Source:
http://resepi.mesra.net/Detailed/2744.shtml




Enjoy your raya k!

No comments:

Post a Comment